Friday, 28 December 2012

Sampai bila anda nak fikir utk sign up PRULADY ??

                     
Memberi perlindungan untuk wanita daripada penyakit-penyakit yang tidak dilindungi oleh 36 penyakit kritikal seperti cervix uteri,fallopian tube dan lain-lain lagi (100%)

Melindungi daripada komplikasi kehamilan yang tidak dilindungi dalam kad perubatan seperti kehamilan luar rahim,kematian anak(dalam 30 hari selepas kelahiran) (100%)
Melindungi daripada pembedahan kosmetik akibat kemalangan @kebakaran yang tidak dilindungi oleh kad perubatan (100%)

Melindungi daripada penyakit kanser wanita seperti kanser payudara dari peringkat awal lagi (30%)

Melindungi bayi yang dilahirkan daripada penyakit Kongenital Bayi seperti down sindrom,spina bifida dan tetrafology of fallot (30%)

manfaat untuk perkahwinan dan perceraian (3%)
Manfaat bersalin / kelahiran anak (3%)

Pembayaran mengikut peringkat umur

Jaminan sehingga umur anda 70 tahun
Jaminan Pulangan wang

                                                                                                                           

Friday, 21 September 2012

Ada apa dengan En.ali

http://images1.wikia.nocookie.net/__cb20120623055658/boboiboy/images/c/c4/Vlcsnap-2012-06-23-13h43m09s3.png● En. ALI, seperti semua orang yang lain juga
menyimpan wang dalam BANK tiap- tiap bulan. Setiap bulan beliau
menyimpan RM300. Ini menjadikan jumlah simpanan tahunan
RM3,600.
● Malang tak berbau! Betul tak? Contohnya kemalangan, sakit atau
penyakit menimpa.
● Katakan suatu hari, tiba-tiba doktor memberitahu En ALI. bahawa
beliau telah diserang PENYAKIT barah, dan harus dirawat dengan
segera. Kos rawatan ialah RM100,000!
● Secara spontan En ALI. akan teringat duit dalam bank akaunnya. Tetapi malangnya, jumlah hanya RM3,600. Ini memang tidak cukup untuk menolong En ALI kan?
● En ALI boleh MEMINJAM duit dari orang lain, tapi anda setuju tak, bukan senang untuk meminjam baki RM96,400 dari orang lain.
● Cuma 2 orang yang akan tolong En ALI. Ibu dan bapanya. Mereka berpatah tulang, perah keringat selama 40 tahun demi mengumpul RM100,000 dan terpaksa mengeluarkan duit persaraan hari tua mereka untuk menolong anaknya.
● Jadi MEMINJAM bukan cara penyelesaian yang baik.
● En ALI. boleh minta DERMA dari orang ramai. Tapi untuk mengumpul satu jumlah dana sebesar RM100,000 akan mengambil masa yang lama, dan rawatan penyakit barah tidak boleh dilengah-lengahkan.
● Jadi KEBAJIKAN juga bukan cara penyelesaian yang baik.
● Apabila En ALI telah menghidapi barah, dia tidak akan dapat bekerja secara normal seperti anda dan saya. Jadi PENDAPATAN En ALI akan tergugat dan mungkin terhenti sekaligus. Apabila tiada pendapatan pasti perbelanjaan keperluan asas beliau akan bermasalah. Dan ini akan terus memberi kesan terhadap MATLAMAT hidup
yang EN ALI rancangkan, anda setuju?
● Kalau hari ini En ALI ada menyimpan AKAUN 3 dalam I dengan RM300 SEBULAN. Dalam setahun simpanan menjadi RM3,600.
● Semasa akaun ini dibuka, sejumlah dana KECEMASAN RM600,000 disediakan serta merta.
● Akaun ini juga menyediakan dana tunai RM100,000 pada keluarga En ALI jika ditimpa hilang upaya kekal dan RM 100,000 TUNAI untu rawatan jika diserang 36 penyakit kritikal..
● Pada pendapat Anda, akaun ini boleh boleh En ALI dan keluarganya?
● Kalau ia dapat membantu En ALI , ia juga boleh membantu anda?
● Simpanan akaun ini bermula dari RM300 hingga RM1,000 sebulan, kalau anda ingin buka akaun 3 dalam I ini, berapakah amaun yang selesa untuk anda mulakan?

Tuesday, 10 July 2012

Ramadan Bulan Rahmat..

   Setelah seminngu berkempen di pasaraya Giant Nilai, tibalah masa untuk hubingi semula prospek2 yang berminat untuk membuat insurance dengan prudential. Terima kasih kepada org2 bandar nilai yg sporting2 belake...
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi3D02QrUsHf5cyJmpP6NSuLXykCVWksr1wkP4NE3FCC_ZN45FQVWvURdZtnXL626EYy1FbrKCVoNZP9xjOuH2dXJAVxAqFu63O6NoG8fOn8nv7zbcOibi4PJ8AWzTuIer1np9M7t_cQog/s660/pru_achtung.jpg
Diharap bulan ramadan yang akan menjelma nanti dapatlah kita sama2 menempuhinya dan rezeki melimpah ruah d bulan yang mulia ini... amin

Thursday, 21 June 2012

Di mana Kite belanjakan gaji pertama?

Masa study dlu memang best, x de pikir pape pun pasal komitment dari segi kewangan. Apa yang kite tau,
-bangun pagi2
-siap2 nak g kelas
-msuk kelas blajar/ tido
-tunggu mase nak exam





      sekarang dah habis belajar, kite baru bukak mate sebab kite tau kite bukan pelajar lagi dah. jadual kite memang lain dah kalo zaman kite belajar dulu. ada orang keje office hour, ad orang keje shift. tapi ape2 pn tetap sama. hari2 kene bekerja sebab nak sara hidup.
http://4.bp.blogspot.com/_5UwKupf5-4g/S9Fv4CPUudI/AAAAAAAAAS8/SYpM6ZXqG_c/s1600/ULUL+ALBAB+KARTUN+JANGGUT+copy.JPG

pernah tak kite ingat2 balik dimana kite belanjakan wang gaji pertama kite?. antara perkara2 pertama dalam kepale kite:
-kerete
-moto
-handphone
-ipad
-kasut/pakaian
- dan lain2

sedar tak sedar, sebenarnyer ad lagi bende yang lebih penting untuk kite belanjakan untuk keperluan kite sbelum kite belanjakan pada benda2 lain.. perkara2 ini mmg x terlintas pn dalam kepale kite.. kenape ek?.. betol tak kite x penah pn pikir psal:
http://lonavi.files.wordpress.com/2008/03/ist2_2334825_puzzled_kids_cartoon.jpg-hutang ptptn
-insurance takaful
-pelaburan
-simpanan


p/s: sekadar renungan... rancanglah kewangan anda segera...

Thursday, 7 June 2012

Risiko 36 Penyakit Kritikal

Penyakit Kritikal bermaksud mana-mana 36 penyakit seperti yang telah di tetapkan dan memenuhi tahap/kriteria seperi mana yang di terangkan di dalam polisi. Senarai penyakit kritikal adalah :

1. Serangan Jantung
2. Penyakit Koronari Arteri yang memerlukan pembedahan
3. Strok
4. Kanser
5. Kegagalan Ginjal (Buah Pinggang)
6. Penyakit Lumpuh
7. Pemindahan Organ Utama
8. Sklerosis Pelbagai/Berbilang
9. Hepatiti Virus Fulminan
10. Hipertensi Arteri Pulmonari Utama
11. Koma
12. Buta
13. Penggantian Injap Jantung
14. Pembedahan Aorta
15. Penyakit Alzheimer
16. Hilang Pendengaran / Pekak
17. Hilang Kebolehan Bertutur
18. Kebakaran Parah
19. Penyakit Membawa Maut
20. AIDS Akibat Transfusi Darah
21. Penyakit Motor Neuron
22. Penyakit Parkinson
23. Penyakit Hati Yang Kronik
24. Penyakit Paru-Paru Kronik
25. Anemia Aplastik
26. Distrofi Otot
27. Poliomielitis
28. Meningitis Bakteria
29. Tumor Otak Benigna
30. Ensefalitis
31. Full Blown AIDS
32. Lain-Lain Penyakit Koronari Arteri Yang Serius
33. Pembedahan Otak
34. Sindrom Apalik
35. Trauma Kepala Utama
36. Kehilangan Tangan Atau Kaki

Untuk penerangan lebih lanjut tentang definasi tahap kritikal bagi setiap penyakit, anda boleh merujuk dokumen polisi atau menghubungi saya.

8 Manfaat Utama Pelindungan Takaful

1- Kematian
• Sekiranya berlaku kematian, pampasan dari RM50,000 akan diberikan sekali gus bersama jumlah simpanan yang ada pada tahun itu.
• Bayaran khairat kematian sebanyak RM 2,000.
• Sebab kematian terdiri kematian biasa atau kemalangan.

2- Lumpuh Kekal Keseluruhan (TPD)
• Sekiranya pemegang polisi lumpuh kekal keseluruhan disebabkan oleh penyakit dan berlaku sebelum umur 60 tahun, pampasan akan diberikan sekali gus.
• Manfaat-manfaat lain akan kekal seperti biasa.
• Pemegang polisi akan mendapat elaun tahunan.

3- Pampasan 36 Jenis Penyakit Kritikal ( Crisis Shield )
• Sekiranya pemegang polisi mengidap salah satu dari 36 jenis penyakit, pemegang polisi akan diberikan pampasan sekali gus.
• Kos rawatan akan ditanggung oleh Kad Perubatan (rujuk manfaat kad perubatan)
• Selepas didapati mengidap salah satu daripada penyakit kritikal ini, semua caruman akan datang akan ditanggung oleh PruBSN sehingga umur pemegang polisi mencapai 80 tahun atau meninggal dunia, yang mana lebih terdahulu.
• Wang pelaburan anda akan bertambah secara automatik tanpa anda perlu mencarum lagi
• Wang pelaburan itu juga boleh dikeluarkan dan nilai pampasan tersebut di atas tidak ditolak daripada wang pelaburan.
• Anda tidak perlu membayar apa-apa caruman dan layak untuk menikmati semua manfaat yang masih ada.

4- Elaun Pendapatan tahunan apabila mengidap salah satu daripada 36 jenis penyakit kritikal ( Crisis Cover Income )
• Manfaat ini akan membayar pampasan bagi menggantikan pendapatan kita sekiranya peserta mengidap salah satu daripada 36 jenis penyakit kritikal.
• Jumlah pampasan akan dibayar setahun sekali sehingga umur 80 tahun atau meninggal dunia, yang mana lebih dahulu.

5- Kemalangan (Kematian atau Lumpuh Kekal Keseluruhan)
• Manfaat ini akan membayar pampasan kematian atau lumpuh kekal keseluruhan akibat kemalangan. Bayaran ini adalah tambahan kepada bayaran (Kematian/Lumpuh Kekal Keseluruhan *Manfaat No 1 dan No 2).
• Sekiranya pemegang polisi meninggal dunia disebabkan kemalangan di tempat awam, atau semasa menaik kenderaan awam yang bergerak di atas jalan raya atau landasan (PLV-Public Landed Vehicle) yang mempunyai jadual perjalanan dan laluan yang tetap, pampasan akan digandakan sebanyak 2 kali (Double Indemnity)
• Sekiranya pemegang policy mengalami kecacatan kekal atau kehilangan anggota, pampasan akan diberikan mengikut peratusan (%)
• Jumlah manfaat adalah jenis diperbaharui (renewal benefit) – Contoh, katakan anda sudah membuat tuntuan ADD benefit pada tahun semasa 100%, untuk polisi tahun berikutnya, jumlah manfaat akan jadi 100% semula. Sekiranya pada tahun yang semasa anda telah membuat tuntutan 100% untuk manfaat kemalangan, dan malang tak berbau, anda sekali lagi ditimpa kemalangan pada tahun yang sama, tiada pampasan untuk manfaat No.4 boleh dituntut untuk tahun itu.

6- Bayaran Balik Kos Perubatan akibat kemalangan ( Accident Medical Reimbursement )
• Membayar balik semua kos perubatan akibat kemalangan berdasarkan jumlah yang dilindungi dalam masa 104 minggu dari tempoh kemalangan berlaku.
• Manfaat ini juga boleh digunakan untuk menampung kos ko-takaful yang dikenakan pada manfaat Kad Perubatan untuk rawatan akibat kemalangan.

7- Pampasan Mingguan ( Weekly Indemnity )
• Manfaat ini akan membayar pampasan mingguan disebabkan keilatan sementara (Temporary Disable) akibat kemalangan atau dengan kata lain 'Elaun Cuti Sakit akibat kemalangan'.
• Manfaat ini diwakili dengan nilai unit. Terdapat 2 bahagian Keilatan Sementara ( Temporary Total Disable @ TTD dan Temporary Partial Disable @ TPD)
• 1 Unit manfaat akan membayar RM 100 seminggu bagi TTD dan RM 50 bagi TPD. Penetapan sama ada TTD atau TPD akan ditentukan melalui laporan doktor berkenaan dengan Proses Penyembuhan (Healing Progress).

8- Kad Perubatan (Medical Card)
• Menyediakan dana sehingga 1.5 juta untuk rawatan perubatan Bayaran terus ke Hospital Panel PruBSN Takaful seluruh Malaysia.
• Boleh digunakan di dalam dan luar negara.
• Manfaat yang ditawarkan adalah seperti berikut (medical coverage table)
• Jaminan pembaharuan dan dijamin dan tiada port-folio akan dibatalkan.

Tuesday, 5 June 2012

kepentingan perlindungan insurance takaful anda dan keluarga

Kita bukan isteri perdana menteri....
Kalau kita isteri perdana menteri,
Kita tak perlu takut sbb semua free
Sebab kita boleh buat rawatan kimoterapi
kanser di Los Angeles, US
Ratus - ratus ribu, high class facilities,
Kerajaan tanggung in and out,
Buat rawatan sambil bercuti, sapa nak bagi,

Kita bukan Azean Irdawaty,
Aktress yg terkenal pun tak lepas dari kanser,
Ye la kanser tak pilih bulu,
Pun tak cukup duit rawat kanser,
Tapi takpa, masuk paper Berita Harian, Metro,
Utusan dan macam2 mintak derma,
Masuk TV3 mintak ringankan beban,

Mcm2 persatuan bagi derma,
Zakat Selangor bagi RM 30 000,
orang lain bole dapat ker mcm ni ?
RM 90 000 bukan senang nak cari,
Berlakon satu filem di bayar RM 60 000,
setahun 3 filem dah RM 180 000,
banyak gaji Pn Azean ni,
Tak masuk drama dan iklan,
Mcm ni punya kaya pun kena
mintak derma lagi.....

Gaji you + husband ada RM180,000 setahun ?
RM100,000? RM 30000 ?

Alahai sedihnyer....
Kanser tak pilih bulu,
Hari ni sihat,bulan depan tengok2
kanser dah stage 3,
14 hari ketumbuhan 5cm dah jadi 10 cm,
1 dari 19 wanita menghidap kanser
setiap tahun ????
Bila giliran kiter agaknyer ??

Hospital kerajaan yang macam pasar
basah tu boleh setel cepat ker?
Bukan nak hentam Hospital Kerajaan,
Facilities dan kepakaran
Hospital Kerajaan dan Swasta setanding....
Tapi Doktor Kerajaan sendiri cakap,
Kes elektif mcm kanser atau jantung,
atau kritikal, eloklah jangan ditangguh rawatan,
mcm mana nak cepat?
sbb kita bukan isteri perdana menteri....
nak rawatan cepat kena pergi hospital swasta,
hospital swasta paham2 lah,
bisnes tetap bisnes,

RM 20 000, buat kimo sajer,
satu cycle jer, tak masuk rawatan yang lain,
Bila dah kena, ada yang bergadai rumah,
ada yang bergadai tanah,

Kos rawatan + kos sara hidup
(dah sakit tak bleh p kerja dah...)
Boleh cecah RM 100 ribu..
ada yang lebih..
Kalau duit rawatan + duit sara hidup +
kos rawatan susulan RM 150 000, mcm mana ?

Simpan RM 200 sebulan di ASB pun
10 tahun belum cukup RM 100 000..
Kalu simpan RM 200 di Takaful,
esok dah ada dana kecemasan RM 150 000,
Kalau tak dak jadi aper2 dapat balik
Modal + Investment...
Ni pun tak boleh paham ker ?

Setengah orang kedekut..
kalau tak kedekut,
mungkin tak paham,
beli kereta bayar RM 500 boleh,
RM 1500 pun takper, asal bergaya,
beli emas ribu - ribu sanggup,
tapi nak bayar 5% dari gaji bulan utk
kecemasan rasa mahal,
sedangkan benda ni wajib + penting,
dana kecemasan la katakan,

kalau ada RM 150 000
dalam bank hari ni takper,
tapi kalu ada kecemasan,
RM 150 000 kena guna,
habis lah duit you,
kene kumpul balik….
kan ker baik kalau orang lain
bagi RM150,000 utk kecemasan,
Mahal? RM200 mahal?
RM 150 mahal gak ? RM 90 mahal lagi ????

Orang Cina bila dapat 1st gaji
diorang tak plan nak beli kereta Honda,
Orang Melayu bila dapat 1st gaji
terus plan nak beli kurang2 Waja,

Orang Cina bila dapat 1st gaji,
diorang pikir Investment,
pikir Insurance,

Orang Melayu bila dapat 1st gaji
diorang pikir nak pakai kereta aper,
sport rim 17 inci wajib,

Perancang kewangan kater, utk kereta
tak lebih 12% dari gaji bulan,
Gaji RM 2500 sebulan, patut beli
kereta yg bayar bulan RM 300/sebulan,
Wira second ok la..kenari second ker..
utk permulaan.....

Tapi… ramai tak ikut..
gaji RM 2500, beli kereta Honda City
RM 600/sebulan.....24% dah tuh..
Perancang kewangan kater,
60% gaji utk hutang + perbelanjaan,
40 % utk investment + dana persaraan + insurance,
Orang melayu 99% gaji utk hutang +
belanja sara hidup... 1 % utk simpanan...
Beraper kerat jer orang melayu ada
RM 50 000 cash dalam bank lepas 5 tahun kera,

Bila orang suruh beli takaful / insurance.....
mahal...tak cukup bulan2 nak bayar......
pakat2 la betulkan kedudukan
kewangan korang semua....

Orang Kerajaan berlagak,
Penyakit dan rawatan semua di tanggung,
Betul tu….
Habis hari2 orang kerajaan masuk paper
mintak derma mcm maner?

Kita bukan isteri Perdana Menteri,
Bukan juga adik Menteri,
Menteri dan PM sendiri pun cari
hospital swasta utk rawatan,
kat US lagi tuh,

Pegawai jabatan jer? clerk jer?
Pegawai sains jer?
Ketua Jabatan? Pensyarah?
Ok la skit dengar bunyik nyer,
OK sebulan lagi datang balik
buat Test tu Test ni,
OK tunggu result 2 minggu,
OK kena tunggu giliran buat pembedahan,
mungkin 3 bulan lagi,
Senarai list 10 muka surat,
tahun depan pun ada nak dapat giliran,
mintak maaf cakap, inilah realiti......

Orang kerja Swasta lagi lah tak sedar diri,
Konon - konon Multi Nasional Company...
Majikan Cover la katakan...
Berapa ribu beb ?
Sampai bila beb ?
Berapa limit beb ?
8 bulan kena kanser tak pi kerja
Majikan nak cover lagi ker beb ????
pencen umur 55 thn
habis takdak coverage dah...

86% warge tua melayu sekarang
tiada coverage insurance..
golongan ni berada di tahun akhir
1970an dan 1980an...

tengah kuat kerja mcm kita,
tapi masa tu insurans tak famous
di kalangan orang melayu, haram...
sekarang ada satu pilihan jer lah...
hospital kerajaan...
kalau nak ke hospital swasta...
kena cari dana sendiri...EPF?
Untuk persaraan pun tak cukup
inikan pula nak tanggung medical...

Sekarang banyak company besar2
beroperasi di Malaysia,
Tapi sampai bila ?
Itu pun kalau majikan
masih sudi beroperasi di Malaysia,

Bisnes is bisnes,
bukan badan kebajikan atau welfare...
kalau kos operasi dah mahal...
pegi tempat lain la jwbnyer..
nak beli takaful masa umur 55?
Besar belanjer nyer beb..
itu pun kalau layak...

Majikan paling besar dalam Malaysia..
adalah Kerajaan Malaysia,
Insyallah dah berpuluh tahun beroperasi..
tak bungkus...
walaupun kalah byk di PRU12 baru2 ni,..
takper.. Majoriti mudah dalam tangan...

Alahhhh...kalu PAS ker PKR ker
perintah Malaysia pun,
kerajaan tetap jalan mcm biasa...

Kerja Kilang besar mana pun,
risiko nak bungkus tetap ada,
US dah meleset,
Kilang US kat Msia ni byk dalam bahaya...
Kat Malaysia pun
operator kilang Melayu dah skit…
berlambak Bangla, Vietnam , Nepal... murah...
Sikit hari lagi, depa pakat – pakat
pindah Operasi pi Bangla...
Hampa ternganga....
Tu pun masih tak sedar diri lagi..

IKM-HUKM Hospital yg terbaik
dari segi facilities bagi rawatan kanser,
Hospital Kerajaan nih…
Hospital Swasta n Kerajaan kadang2
akan refer sini,
Sini ada golongan yg tak perlu bayar,
atau bayar seminimum yg mungkin,
Ada yang kena bayar 100%..
bagi yang ada coverage insurance,
atau TOKEY KILANG,
Boleh buat loan nak buat rawatan disini...buat loan ?
Cukup la loan rumah, loan kereta
dah beban dah.....

Kebarangkalian nak jatuh dalam
GROUP tak payah bayar sangat lah rendah..
Second group kena bayar skit.
skit berapa skit...RM 20 ribu ? RM 30 ribu ?
Tengok kes ler...So, are we hoping for the luck
to fall in the Not Need Pay Group ??
Husband kerja, wife kerja...
boleh bayar bulan - bulan aper ....

Ibarat guna Kad kredit ler,
Kad kredit Visa Jammed,
Gunerlah pulak Kad Mastercard,
(Mana2 yg pakai kad kredit,
stop dan tukar pada Kad Debit plak...)
Bila jalan jauh, spare tyre kena ada,
Jahanam satu tayar,
ada lagi satu tyre spare..

Sama juga kes you,
Mana boleh dapat rawatan kerajaan,
pergi la takda masalah,
Tapi bila lambat dan waiting list panjang,
pegi la hospital swasta nak cepat...
(dengan coverage insuranse la yer...)

Kanser bila dah kena, keluarga merana,
isteri kena kanser suami merana,
suami kena kanser isteri merana,
kehilangan keluarga tersayang
taktau nak cakap ler sedihnyer,
Kesian anak2...

Gaji Laki bini RM 2500 + RM 2500..
Wow.. RM 5000
satu tumbang...tinggal RM 2500 jer..
dah la tak cukup...
nak tanggung kos rawatan kanser lagik..
kalau takdak insurans.....
masuk paper ler mintak derma..
tanggung sakit memang perit,
takda duit nak buat rawatan lagi tambah pedih,

Ajal dan maut di tangan tuhan akhirnyer
Kalau dah sampai ajal, pergi jua...
Sekurang2nya kita mencuba,
dapatkan rawatan terbaik,

Jangan nanti terkilan salah kan diri sendiri,
Sbb lambat dapat rawatan...
Why lambat ? tak der duit..

Suami-suami yang menyayangi isteri...
Isteri - isteri yang menyayangi suami..
Lepas baca nukilan nih,
bincang - bincanglah sesama sendiri,
Suami belikan takaful untuk isteri...
Takkan isteri nak beli untuk suami..
Apa2 pun bolehlah...

Nasihat saya...
Takaful atau Insurans ..
hanya boleh dibeli dengan KESIHATAN,
Hanya orang yang SIHAT je ..
boleh beli insurans atau takaful…
You mampu bayar RM 500 sebulan pun,
Bila dah SAKIT, orang tak pandang dah,

Nukilan ni bukan nak perli saper2,
Just nak bukak minda jer,
Mintak maaf kalau ada yang teraser,
Sementara sihat, eloklah beringat..

Bila dah sakit...
Wallahulalam....

Ingat.....Kita bukan isteri mana - mana Perdana Menteri...
hatta Menteri sekali pun...