Thursday, 7 June 2012

8 Manfaat Utama Pelindungan Takaful

1- Kematian
• Sekiranya berlaku kematian, pampasan dari RM50,000 akan diberikan sekali gus bersama jumlah simpanan yang ada pada tahun itu.
• Bayaran khairat kematian sebanyak RM 2,000.
• Sebab kematian terdiri kematian biasa atau kemalangan.

2- Lumpuh Kekal Keseluruhan (TPD)
• Sekiranya pemegang polisi lumpuh kekal keseluruhan disebabkan oleh penyakit dan berlaku sebelum umur 60 tahun, pampasan akan diberikan sekali gus.
• Manfaat-manfaat lain akan kekal seperti biasa.
• Pemegang polisi akan mendapat elaun tahunan.

3- Pampasan 36 Jenis Penyakit Kritikal ( Crisis Shield )
• Sekiranya pemegang polisi mengidap salah satu dari 36 jenis penyakit, pemegang polisi akan diberikan pampasan sekali gus.
• Kos rawatan akan ditanggung oleh Kad Perubatan (rujuk manfaat kad perubatan)
• Selepas didapati mengidap salah satu daripada penyakit kritikal ini, semua caruman akan datang akan ditanggung oleh PruBSN sehingga umur pemegang polisi mencapai 80 tahun atau meninggal dunia, yang mana lebih terdahulu.
• Wang pelaburan anda akan bertambah secara automatik tanpa anda perlu mencarum lagi
• Wang pelaburan itu juga boleh dikeluarkan dan nilai pampasan tersebut di atas tidak ditolak daripada wang pelaburan.
• Anda tidak perlu membayar apa-apa caruman dan layak untuk menikmati semua manfaat yang masih ada.

4- Elaun Pendapatan tahunan apabila mengidap salah satu daripada 36 jenis penyakit kritikal ( Crisis Cover Income )
• Manfaat ini akan membayar pampasan bagi menggantikan pendapatan kita sekiranya peserta mengidap salah satu daripada 36 jenis penyakit kritikal.
• Jumlah pampasan akan dibayar setahun sekali sehingga umur 80 tahun atau meninggal dunia, yang mana lebih dahulu.

5- Kemalangan (Kematian atau Lumpuh Kekal Keseluruhan)
• Manfaat ini akan membayar pampasan kematian atau lumpuh kekal keseluruhan akibat kemalangan. Bayaran ini adalah tambahan kepada bayaran (Kematian/Lumpuh Kekal Keseluruhan *Manfaat No 1 dan No 2).
• Sekiranya pemegang polisi meninggal dunia disebabkan kemalangan di tempat awam, atau semasa menaik kenderaan awam yang bergerak di atas jalan raya atau landasan (PLV-Public Landed Vehicle) yang mempunyai jadual perjalanan dan laluan yang tetap, pampasan akan digandakan sebanyak 2 kali (Double Indemnity)
• Sekiranya pemegang policy mengalami kecacatan kekal atau kehilangan anggota, pampasan akan diberikan mengikut peratusan (%)
• Jumlah manfaat adalah jenis diperbaharui (renewal benefit) – Contoh, katakan anda sudah membuat tuntuan ADD benefit pada tahun semasa 100%, untuk polisi tahun berikutnya, jumlah manfaat akan jadi 100% semula. Sekiranya pada tahun yang semasa anda telah membuat tuntutan 100% untuk manfaat kemalangan, dan malang tak berbau, anda sekali lagi ditimpa kemalangan pada tahun yang sama, tiada pampasan untuk manfaat No.4 boleh dituntut untuk tahun itu.

6- Bayaran Balik Kos Perubatan akibat kemalangan ( Accident Medical Reimbursement )
• Membayar balik semua kos perubatan akibat kemalangan berdasarkan jumlah yang dilindungi dalam masa 104 minggu dari tempoh kemalangan berlaku.
• Manfaat ini juga boleh digunakan untuk menampung kos ko-takaful yang dikenakan pada manfaat Kad Perubatan untuk rawatan akibat kemalangan.

7- Pampasan Mingguan ( Weekly Indemnity )
• Manfaat ini akan membayar pampasan mingguan disebabkan keilatan sementara (Temporary Disable) akibat kemalangan atau dengan kata lain 'Elaun Cuti Sakit akibat kemalangan'.
• Manfaat ini diwakili dengan nilai unit. Terdapat 2 bahagian Keilatan Sementara ( Temporary Total Disable @ TTD dan Temporary Partial Disable @ TPD)
• 1 Unit manfaat akan membayar RM 100 seminggu bagi TTD dan RM 50 bagi TPD. Penetapan sama ada TTD atau TPD akan ditentukan melalui laporan doktor berkenaan dengan Proses Penyembuhan (Healing Progress).

8- Kad Perubatan (Medical Card)
• Menyediakan dana sehingga 1.5 juta untuk rawatan perubatan Bayaran terus ke Hospital Panel PruBSN Takaful seluruh Malaysia.
• Boleh digunakan di dalam dan luar negara.
• Manfaat yang ditawarkan adalah seperti berikut (medical coverage table)
• Jaminan pembaharuan dan dijamin dan tiada port-folio akan dibatalkan.

No comments:

Post a Comment